Rumah Kluster Kembar Empat (Jenis C) dari RM240,000

Sila kaji rumah kluster ini, kemudian jawab setiap satu daripada 26 soalan yang menyusul. Akhir sekali sila klik butang "submit" di penghujung kaji selidik ini. Ia akan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja dan jawapan anda akan membantu usaha kami untuk meningkatkan kualiti reka bentuk perumahan di Malaysia. Identiti dan maklumat peribadi anda akan dihormati. 
Terima kasih.

Pembangunan Squares terdiri daripada kelompok-kelompok rumah kluster. Setiap blok bangunan mengandungi dua atau empat buah rumah kluster. Rumah-rumah ini disusun mengelilingi taman-taman kecil, mewujudkan satu koleksi kejiranan yang berhalaman luas.
Rumah-rumah yang dicadangkan mempunyai laman hadapan yang luas . Saiz setiap lot rumah berukuran 42'x 42' dan saiz rumah mempunyai kelebaran 32', dan kedalaman 22'.
Setiap rumah memiliki laman hadapan yang luas iaitu 42' x 20' dengan anjung untuk sekurang-kurangnya 2 buah kereta. Tampak hadapan mirip seperti rumah kembar mewah yang berukuran 80' x 40'.

Tidak seperti rumah teres, rumah Squares tidak dihimpit oleh rumah bersebelahan. Setiap unit merupakan unit tepi, 'corner lot' membenarkan lebih banyak dinding luaran untuk pembukaan cahaya dan pengudaraan.
Perumahan ini adalah berdasarkan konsep susun atur kluster yang telah menerima paten untuk mewujudkan sebuah kejiranan yang:
  • selamat
  • mesra, dan
  • hijau



OPTIONAL EXTRAS


THERMAL COMFORT
Tambahan RM12,000
 
KABINET DAPUR
Tambahan RM10,000

ALMARI PASANG SIAP
Tambahan RM6,000



SILA KLIK BUTANG "SUBMIT" DI ATAS. TERIMA KASIH.