Tinjauan Perumahan Tanjung Malim / Hulu Bernam

Konsep perumahan 'Squares' bertujuan untuk meningkatkan mutu persekitaran luar sesebuah taman perumahan dan pada masa yang sama, mengurangkan keluasan jalan raya dan kesibukan trafik untuk menghasilkan kawasan perumahan yang lebih selamat untuk kanak-kanak, penunggang basikal dan pejalan kaki.





Rumah-rumah dalam susun atur 'Squares' ini disusun dalam kelompok kejiranan yang berpusatkan taman-taman kecil dan yang dapat menampung pokok yang rendang dan besar serta kehidupan haiwan kecil seperti burung-burung. Ia juga dijangka akan menyediakan taman kejiranan yang selamat untuk anak-anak kecil bermain dan menggalakkan interaksi kejiranan.



Konsep perumahan baru dan unik ini telah diterima pakai oleh PKNS. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada pelbagai jenis rumah yang popular dan mampu dimilikki oleh rakyat Malaysia - apartmen dan rumah bandar - dari RM60,000 ke RM100,000; rumah mampu milik - dari RM130,000 ke RM300,000; dan rumah-rumah mewah berharga lebih daripada RM300,000.




8 hingga 22 buah rumah disusun mengelilingi taman kecil seperti rakan taulan duduk semeja, membentuk kelompok kejiranan kecil dan memberi kawasan untuk kanak-kanak bermain. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan, memberi suasana yang selamat untuk semua, termasuk yang tua dan yang kurang upaya. Penduduk juga dapat mengenalpasti jiran-jiran dan mengecam orang yang tidak dikenali.


Dalam kejiran Squares setiap rumah berhadapan dengan taman yang ditanam dengan pokok pokok rendang yang menyejukkan persekitaran luaran serta menyediakan makanan dan habitat untuk burung dan haiwan kecil.





Halaman Squares saling dihubungi dengan laluan pejalan kaki yang menggalakkan penduduk berjalan. Semua penduduk, yang muda, tua atau kurang upaya diberi akses mudah ke satu ruang riadah untuk bergaul, dan ini merupakan keadaan yang kondusif untuk memupuk semangat kemasyarakatan dalam skim perumahan ini.



Input anda akan membantu memperbaiki reka bentuk sedia ada serta memberi pilihan perumahan yang lebih sesuai untuk penduduk-penduduk di kawasan anda. Dianggarkan bahawa kajian ini akan mengambil masa 5-10 minit untuk melengkapkan 25 soalan.

Saya benar-benar menghargai tindakan anda sebelum 30hb Ogos, 2011.

Terima kasih.

Anniz Fazli,
Penyelidik,
Centre for Environment-Behaviour Studies (cE-Bs),
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur,
Universiti Teknologi MARA Malaysia.





LOKASI









Tinjauan Perumahan Tanjung Malim / Hulu Bernam*

Saya mampu membeli rumah / apartment dalam lingkungan harga: *



SILA KLIK SALAH SATU DARI PILIHAN DI ATAS UNTUK KEBAHAGIAN SETERUSNYA. IA MEMERLUKAN HANYA 5 MINIT LAGI.



Input anda sangat dihargai dan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan. Sebarang komen atau soalan boleh ditujukan pada saya di annizuitm@gmail.com


Untuk dikeluarkan dari 'mailing list' ini atau mana-mana e-mel di masa hadapan, sila balas email ini dengan masukkan "REMOVE" di dalam baris subjek. Jika anda masih mengalami sebarang masalah teknikal untuk mengakses atau mengemukakan kaji selidik di atas, sila hubungi saya di annizuitm@gmail.com.